Selasa, 30 Disember 2014

Crackers Breads Puding



CRACKERS BREADS PUDING

Bahannya:
8 kpg biskut tawar
4 kpg roti sandwich
3 biji telur gread B
1 1/2 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat manis ~ boleh tambah jika suka manis
2 sb serbuk koko
esen vanilla
pewarna kuning




Caranya:
1. Satukan semua bahan dlm blender kecuali serbuk koko dan pewarna kuning. Mesin halus.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian tambah serbuk koko dan kacau rata. @ bahagian lg tambah sedikit pewarna kuning.
3. Kukus 1 bahagian warna kuning dulu selama 15 minit atau sehingga masak.
4. Dah masak, gariskan permukaan puding dgn lidi, tuang adunan koko tadi, kukus lagi. Lakukan pekara yg sama untuk lapisam seterusnya.
5. Bila dah masak keseluruhannya, angkat dan sejukkan.



Puding Karamel Durian



PUDING KARAMEL DURIAN


Bahan karamel;
1/3 cawan gula pasir
3sb air

** masak gula dan air hingga gula keperangan, tuang dlm acuan, sejukkan.


Bahan Puding:
450gm isi durian 
8 biji telur ~ dipukul ringan
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan air
sedikit esen vanilla





Caranya:
1. Satukan isi durian, gula pasir dan air, kemudian dimesin halus.
2. Dalam bekas, satukan bahan yang dimesin dgn bahan yg lain, kacau rata. Kemudian tapis.
3. Masukkan adunan dlm loyang yg ada karamel tadi.
4. Kukus dgn api sederhana selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan dulu baru diterbalikkan.