Rabu, 26 November 2014

Lopes Ubi



LOPES UBI

Bahan A

2 cawan ubi yang telah diparut ~ diperah dan ambil sagunya
1 1/4 cawan air
sedikit garam
pewarna hijau


Bahan B 
kelapa parut putih & sedikit garam ~ dikukus sebentar


Bahan C
1 buku gula melaka
1 1/2 cawan air
sedikit gula pasir
1 helai daun pandan ~ disimpul ~ satukan semua bahan dan masak hingga mendidih dan sedikit pekat










Caranya:
1. Satukan bahan A ,gaul rata.
2. Guna acuan lompang, sapukan sedikit minyak, masukkan adunan dan kukus hingga masak atau lebih kurang 20 minit.
3. Dah masak, angkat dan biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.
4. Golekkan kuih dgn kelapa parut dan makan dgn air gula melaka.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan