Sabtu, 19 April 2014

Bingka Roti Kelapa Pandan

Assalamualaikum dan salam bahagia. Puas memikir, kuih apa nak dibawa ke kelas, yang senang, mudah dan sedap. Nak menalam nak memuding.....mood merudum!!!. Tengok ada roti sebantal.....datang idea nak buat kuih bingka. Dah lama sekodeng resepi ni!!!. Saya ubahsuai sikit ikut selera seisi keluarga. Memang sedap bingka ni, terasa lemak roti dan kelapa parut, aroma pandan semerbak baunya satu dapur!!!!. Resepi ni satu setengah adunan dari resepi yang asal. . Jom intai....





BINGKA ROTI KELAPA PANDAN
Sumber : yatiememories
Olahan : UDA

Bahannya:
16 keping roti putih *
300ml santan pekat *
600ml air pandan ~ 8 helai daun * pandan dimesin dgn air secukupnya
4 bj telur A *
1 1/2 cawan gula pasir ~ kalau tak suka manis boleh kurangkan *
3 sb tepung kastard *
3 sb margerin*
Sedikit garam
Pewarna hijau *
1 cawan kelapa parut putih
Bijan putih dan hitam secukupnya.



Caranya:
1. Panaskan oven. Lengser loyang 9x9in dgn margerin dan panaskan dlm oven.
2. Satukan semua bahan yg bertanda *. Gaul sebati kemudian mesin hingga halus. Masuk dlm bekas, tambah kelapa parut dan gaul sebati.
3. Masukkan dalam loyang, tabur bijan dan bakar selama 1 jam setengah atau sehingga masak dgn kepanasan 180C.
4. Sejukkan baru dipotong.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan