Sabtu, 8 Februari 2014

Kaswi Gandum



KASWI GANDUM
Sumber : Chef Hanieliza



Bahan sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan ~ saya tambah

Bahan lain
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji / ubi / jagung
1 st kapur sireh ( optional)
kelapa putih
sedikit garam



Caranya:
1. Masak bahan sirap hingga gula hancur dan mendidih. Tutup api dan sejukkan.
2. Panaskan kukusan dan sapukan acuan lompang dgn sedikit minyak masak.
3. Bancuh semua bahan dan tapis dalam periuk.
4. Saya kacau sekejap atas api hingga naik wap.
5. Tuang adunan dalam acuan lompang hingga penuh.
6. Kukus selama 30 minit atau hingga masak. Kemudian sejukkan.
7. Kelapa dikukus sebentar dan gaulkan garam.
8. Bila kuih dah sejuk, keluarkan dari acuan dan salut dgn kelapa.

2 ulasan:

  1. Teringat zaman kecik2 dulu... mak suka buat untuk sarapan kami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la Amie....kuih lama yg sentiasa ada peminatnya tersendiri....hehehe

      Padam