Isnin, 8 Julai 2013

Peanut Cookies



Resepi yang telah dicuba, dah dimakan , memang sedap dan rangup. Tak rugi mencubanya......Saya share di sini pula ye!!!!


PEANUT COOKIES
Sumber : Chef Zubaidah


Bahan A
200gm butter ~ saya guna 250gm
50gm minyak sapi ~ saya tak letak
120gm gula castor

Bahan B
2sb mentega kacang ~ saya letak 3sb

Bahan C
200gm serbuk penaik ~ saya musykil yang ni ~ saya letak 1 sudu teh saja
200gm tepung suji
100gm tepung jagung
180gm tepung gandum

Hiasan
kuning telur (dipukul)
pewarna kuning telur
kacang (dikisar)








Caranya:
1. Sebatikan bahan A.
2. Masukkan mentega kacang, kacau sebati.
3. Masukkan bahan C dan uli hingga adunan menjadi lembut.
4. Perapkan selama 30 minit. Canai dan terap menggunakan acuan bentuk kacang.
5. Sapukan kuning telur dan pewarna kuning telur , tabur kacang.
6. Susun atas dulang pembakar yg telah digris dan bakar pada suhu 150C selama 30 minit atau sehingga masak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan