Ahad, 12 Mei 2013

Stew Ikan Dori Simple

STEW IKAN DORI SIMPLE


Bahannya:
300gm isi ikan dori ~ dipotong memanjang
1 biji bawang putih~ cincang halus
1/2  biji bawang holland ~ didadu halus
1sb margerin
1st tepung gandum ~ dicampur sedikit air
Serbuk lada sulah Ajishio secukupnya
Sedikit serbuk pati ayam
Sayur secukupnya ~ ikut citarasa
Sedikit jejari ketam
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya

Caranya:
1. Panaskan butter. Masukkan bawang didadu, tumis hingga layu. Kemudian masukkan bawang putih, dah wangi, masukkan isi ikan, serbuk lada sulah dan dikacau sebati.
2. Masukkan air bancuhan tepung gandum, kacau sebati. Tambahkan air secukupnya, serbuk pati ayam, garam dan gula. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan sayuran pilihan, biar sebentar dan tutup api.
4. Sedap dimakan panas2 bersama roti.


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..emmmm simple tapi nampak menarik juga resipi ni...ada masa boleh cuba ni...

    BalasPadam