Isnin, 20 Mei 2013

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum dan salam bahagia. Dah lama tak buat puding karamel....teringinlah pulak. Kebetulan roti ada kat rumah ni, buatlah puding roti karamel. Nak menceriakan lg rupa dan rasa....saya warna warnikan adunan tu dan letak perasa pandan dan strawbery. Ingatkan tk de apa yg ' mencacatkan' puding ni. Tapi dah nasib.....bila angkat loyang dari kukusan, karamel saya meleleh. Nak kata bocor, masa masak gula hangus terus dalam loyang tadi, tak pulak meleleh keluar. Mungkin bila dh kukus, gula dah cair....dia keluar ikut cantuman lengkongan loyang yg berlekuk2 tu.. So, bila tengok mcm cacatlah pulak, karamel tinggal sikit2 je. Tak pe lah....janji sedap dan dapat lepaskan ' hajat' tekak saya ni. Jom.kita intai....








PUDING ROTI KARAMEL
Di olah : UDA

Bahan karamel:
4 sb gula pasir
1/4 cawan air
** masuk air dan gula dlm loyang, masak atas api yg kecil hingga keperangan. Tutup api, sejukkan.

Bahan puding:
7 keping roti putih
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
2 cawan susu cair
Pewarna ~ merah, hijau dan kuning
Perasa ~ ikut citarasa



Caranya :
1. Campur semua bahan kecuali pewarna dan perasa. Blender hingga halus.
2. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, warnakan dan letak perasa kegemaran.
3. Tuang adunan selang seli dlm loyang yg ada karamel. Adunan puding ni cair, bila tuang adunan berwarna, ada warna yg akan tenggelam. Tak apa, bila dah kukus nnti, cantik je kejadiannya.
4. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
5. Bila dh masak, sejukkan. Biar betul2 sejuk baru diterbalikkan dan dipotong.
6. Sedap dimakan bila disejukkan dlm peti ais.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan