Ahad, 12 Mei 2013

Nasi Lemak Kuning Berlauk

Assalamualaikum, salam sejahtera. Menu sarapan pagi merangkap makan tengahari. Lepas masak....boleh manjakan badan pergi berurut dan berbekam. Sorang nak makan mee dan sorang nak makan nasi lemak. Pilih nasi lemak.....kenyang sampai ke petang...hahaha!!!!. Sorang nak berlaukkan ikan sambal, sorang nak rendang daging. Masak dua2.....tak adalah yang ralat nanti!!!!. Nasib baik tak ramai.....huahuahua!!!!!!. Saja letak warna kuning......biar berseri sikit. Jom kita layan.....



                                  apasal kat gambar tak nampak kuning nasi ni....hehehe!!!!


NASI LEMAK KUNING

Bahannya:
3 cawan beras basmathi ~ rendam sebentar
4 cawan santan
5 helai daun pandan ~ disimpul @ dikerat2
2 in halia ~ dihiris halus
3 biji bawang putih ~ dihiris halus
1/2 biji bawang besar ~ dihiris halus
Garam secukupnye
Sedikit pewarna kuning

Caranya:
1. Toskan beras dan masuk dlm rice cooker.
2. Masukkan semua bahan dan masak seperti biasa.




RENDANG DAGING SIMPLE

Bahannya:
700 gm daging ~ dihiris nipis
1 cawan santan pekat
2 sb kerisik
Sedikit rempah
4 helai daun limau ~ disiat
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus / disimpul
Sedikit asam keping
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan dimesin halus:
Sedikit lada kering ~ direndam
1 batang serai
3 biji bawang putih
5 ulas bawang merah
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit basah

Caranya:
1. Panaskan minyak, masuk rempah tumis dan tumis bahan yg dimesin hingga wangi.
2. Masukkan daging dan air secukupnya. Masukkan daun limau dan masak hingga empuk.
3. Masukkan santan pekat, kerisik, daun kunyit, garam, gula dan asam keping. Masak hingga pekat dan naik minyak.





IKAN TENGGIRI MASAK SAMBAL

Bahannya:
4 keping ikan tenggiri ~ diperap dgn sedikit kunyit, garam dan goreng
2 sb sos cili
1/2 biji bawang besar ~ dihiris
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan dimesin halus:
Segenggam lada kering ~ direbus
3 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
Sedikit halia
Sedikit belacan

Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang yg dihiris dan biar hingga wangi.
2. Masukkan bahan yg dimesin, tumis hingga garing dan wangi.
3. Masukkan garam , gula dan sos cili, kacau sebati.
4. Masukkan ikan goreng, gaul rata dan jika kering, tambah sikit air. Dah ok, tutup api.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan