Sabtu, 4 Mei 2013

Roti Jala Kari Ikan



Assalamualaikum, salam bahagia. Semuga semuanya ceria2 disamping keluarga. Tak mo tension2 ok!!!!!!. Hari ni ada permintaan, nak makan roti jala kari ikan. Hari ni juga saya merasmikan botol lubang 3.....yang untuk buat roti jala tu!.  Dah lama botol tu.....ihsan dari anak sedara. Bila dah buat, cantik gak kejadiannya, cuma, lambat sikit dari  acuan biasa yang kita gunakan tu.....pada sayalah!!!!. Balik dari sekolah, anak menjerit...ingatkan kenapa, rupanya dia terperanjat....macam mana ibu buat ni....hahaha!!!.



pada sesapa yang lom pernah tengok......inilah botol yg saya gunakan tuk menjala tu!!!!!!!


picit botol menghala ke kanan........akan jd macam ni. Kemudian picit ke bawah, akan jadi kotak2 yang halus (sorry!!!!....gambar terpadam)
                       




ROTI JALA KARI IKAN TENGGIRI


Bahan butter:
3 cawan tepung gandum
3sb margerin
1 biji telur
1 cawan susu cair / segar
2 1/4 cawan air
garam secukupnya
pewarna kuning

Caranya:
1. Satukan semua bahan, kacau sebati. Kemudian, blender hingga halus.
2. Masukkan adunan dalam botol lubang 3.
3. Panaskan kuali non stick. Dalam kuali, picit adunan menghala ke kanan kemudian picit ke bawah sehingga menjadi petak2 yang halus.
4. Bila permukaannya dah kering, terus angkat dan gulung. Jangan terlalu kering dan jangan sampai garing, nanti tak boleh gulung .




Kari Ikan Tenggiri

Bahannya:
4 keping ikan tenggiri 
5sb serbuk kari ikan
1/2 cawan santan pekat
2 tangkai daun kari
1st rempah tumis kari ikan
1 biji tomato ~ belah 6
1 keping asam gelugur/keping
garam dan gula secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan dimesin halus:
5 tangkai lada kering ~ yg telah direbus
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
sedikit halia

Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan daun kari. Dah wangi, masukkan bahan yang dimesin, tumis hingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau sebati dan tunggu hingga terbit minyak.
3. Masukkan air secukupnya, ikan, garam, gula dan asam keping. Biar hingga mendidih.
4. Dah mendidih, masukkan santan dan tomato. Kecikkan api, biar hingga ikan masak dan terbit minyak.
5. Rasakan garam dan gula, tutup api dan angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan