Jumaat, 31 Mei 2013

Lepat Labu Kuning



LEPAT LABU KUNING

Bahannya:
320gm labu ~ yg telah direbus & dihaluskan
100gm gula
60gm sagu biji ~ dicuci, direndam dan toskan
100gm tepung gandum
50 - 80ml santan pekat ~ saya guna santan kotak
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya.





Caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali santan, kacau sebati.
2. Masukkan santan sikit2 dulu. Kalau adunan dah lembik, tak perlu habiskan. Jika adunan nampak terlalu pekat, tambah lg santan .
3. Ambil lebih kurang 2sb adunan, letak atas daun pisang, lipat seperti lepat biasa. Kukus 25 - 30 minit atau hingga masak.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan