Rabu, 29 Mei 2013

Donut Labu

Assalamualaikum dan salam ceria. Semalam mendonut.....donut labu. Memang gebu dan lembut je. Lebih kurang macam donut kentang tapi.....rasanya lebih gebu yang labu ni. Masing2 citarasa......ye tak?. Kebetulan ada labu sebiji....kenalah cuba!!!. Jom kita layan.....






DONUT LABU
Sumber : Tun Telani
Di Olah : UDA

Bahan :
200gm puri labu ~ labu yg
direbus dan dilecek halus
500gm tepung gandum
100gm gula halus
50ml susu cair
11gm yis ~ 1 bungkus
75gm margerin
1/2st garam
2bj telor


Caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali margerin. Uli rata (saya guna mixer).
2. Dah rata, masukkan margerin, uli lagi hingga licin dan tak melekat di tangan. Klu melekat sikit2, ok la tu.
3. Adunan ni tak perlu tambah air sbb  labu sendiri dah berair. Tetapi jika adunan nampak kering, boleh tambah sedikit lg susu cair @ air.
4. Tutup adunan dan biar selama 15 - 20 minit atau hingga naik.
5. Ambil adunan dan bentukkan bulat. Buat hingga habis dan biarkan naik baru digoreng.
6. Lepas digoreng, salut dgn gula halus atau dgn coklat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan