Ahad, 14 April 2013

Sup kentang Cendawan Kering


SUP KENTANG CENDAWAN KERING

Bahannya:
2 biji kentang ~ dipotong kecil
3 keping cendawan kering besar ~ direbus sebentar
Jejari ketam secukupnya ~ dipotong 2
sedikit lobak merah ~ dipotong bujur
sedikit pucuk tauhu ~ direndam dan dipotong
sedikit suun ~ direndam dan dipotong
Bebola daging / ikan secukupnya
1 kiub stok ayam
2 biji bawang merah ~ dihiris
2 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
sedikit halis ~ ditumbuk halus
sedikit minyak masak dan sedikit minyak bijan
lada sulah Ajishio secukupnya
garam dan gula secukupnya
air secukupnya


Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga wangi.
2. Masuk bahan tumbuk, tumis hingga garing dan wangi.
3. Masukkan air, kentang, kiub ayam, cendawan dan lobak merah. Masak hingga kentang empuk.
4. Masukkan meat ball, suun, pucuk tahu, lada sulah, garam dan gula. Biar hingga betul2 mendidih.
5. Masukkan jejari ketam dan rasakan garam, tutup api.
6. Hidangkan panas2, tabur bawang goreng dan daun sup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan