Selasa, 26 Mac 2013

Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum dan salam bahagia. Dah lama tak membaking. Kebetulan ada anak buah datang, cuba merajinkan diri. Lagi pun, dah lama tak buat brownies ni. Sesekali layan.....lupa terus pasal diet!!!!. Bahannya senang dan rasanya.......kalau ada cheese, lidah tak boleh bohong.....mabeles!!!!!. Jom kita intai ...




MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber : Yatiememories
Olahan : UDA


Bahan Brownies:

250gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B (saya guna A)
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair (saya guna susu segar)
1 1/2 cawan tepung gandum *
1 st baking powder *
1st soda bikarbonate *
1 st esen vanilla
( * diayak bersama)

Caranya:

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2 . Handwhisk gula dan telur. Masukkan dalam adunan butter dan koko, kacau sebati.
3. Masukkan susu cair, kacau sebati.
4. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. Masukkan vanilla, kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175C. Alas loyang 10x10in dengan baking paper yg digris dgn butter. Biar kertas berjuntai pada belah bertentangan supaya senang keluarkan brownies nanti.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat merble diatas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20 - 30 minit  menggunakan api atas dan bawah.
8. Selepas 20 minit, keluarkan brownies, tuang adunan cheese dan ratakan.
9. Paipkan baki adunan brownies dan lorek ikut citarasa masing2.
10. Masukkan semula ke dalam oven, bakar lagi selama 15 minit atau sehingga lapisan cheese masak.
11. Pastikan betul2 sejuk, baru dipotong supaya cantik dan kemas.



Bahan lapisan cheese

250gm cream cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur

Caranya:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula, pukul hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.



                                    Belum betul2 sejuk dah dipotong......sbb tu kurang kemas!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan