Selasa, 5 Mac 2013

Ayam Pencen Goreng Kering




AYAM PENCEN GORENG KERING

Bahannya:
6 keping kepak ayam pencen (setiap keping dipotong 2)
3 biji bawang putih ~ ditumbuk
sedikit halia ~ ditumbuk
sedikit kunyit serbuk
sedikit serbuk rempah kari
daun kari secukupnya
lada kering secukupnya ~ digunting kasar
garam secukupnya
air secukupnya


Caranya:
1. Campur semua bahan kecuali daun kari, lada kering, garam dan minyak.
2. Rebus ayam sehingga empuk. Tambah air jika perlu.
3. Bila dah empuk, masukkan garam dan biarkan hingga kering. 
4. Masukkan sedikit minyak masak, daun kari dan lada kering. Goreng hingga wangi.
5. Sedap dimakan panas2.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan