Ahad, 6 Januari 2013

Kek Coklat Pisang...kukus










Assalamualaikum. Dah lama tak buat kek coklat. Hari ni rajin lak nak membaking segala. Kebetulan kat rumah ramai orang.....ramai yang tukang makan nanti.....tu yang seronok membuatnya!!!!. Kebetulan juga, ada pisang, buatlah kek coklat pisang ni!!!!. Resepi saya copy dari kawan di FB...Jom Masak.....Kek ni memang sedap, lembut dan gebu gitu. Saya curah topping coklat diatasnya, waduh....lagi sedap!!!!. Jom kita intai...


KEK COKLAT PISANG....KUKUS
Sumber : Jom Masak


Bahannya:
3 biji pisang berangan
1cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan gula perang
1st ovalette
sedikit garam
1 cawan minyak masak
2 biji telur A
esen vanilla/esen pisang
*** bahan diatas diblender hingga kembang dan gebu

Bahan diayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1st soda bikarbonate
1st baking powder
3 sb serbuk koko

Caranya:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan bahan yang diblender ke dalam bahan yang diayak. Gaul rata menggunakan whisk. Jangan sampai bergentel.
3. Guna acuan bulat 8in, lapik dengan kertas minyak, sapu butter kemudian tuang adunan. Kukus selama 1 jam atau hingga masak. 
4. Kalau bakar, guna suhu oven 170C selama 45 minit atau sehingga masak.

Topping:
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1sb minyak masak

Caranya:
satukan semua bahan hingga rata, masak diatas dapur dengan api yang kecil. Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi minyak. Bila dah sebati semuanya, angkat dan curahkan atas kek yang telah sejuk.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan