Khamis, 31 Januari 2013

Talam Kentang Berlauk







Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kita dah berada sebulan dalam bulan pertama tahun ini. Semuga Allah beri kita peluang lagi untuk meneruskan kehidupan bersama2 keluarga di bumi yang aman damai ini. Mudah mudahan Allah beri kita kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Hari ni saya nak kongsi resepi talam berlauk pula. Dah 2 hari berturut2 talam manis , yang ni talam masin pula...hehehe!!!!. Resepi ni saya copy dari Citarasawan. Memang sedap talam kentang berlauk ni, lemak2 masin gitu!. Tambahan pula, saya letak intinya banyak....mana tak sedap!. Memang saya sengaja buat inti lebih supaya nak letak banyak2. Kalau resepi asal, guna loyang empat segi 8in tapi saya guna acuan lompang. Memang lenguh gak bila adunan kentang tu nak diratakan dalam acuan tu. Tapi bila nak makan senang, tak perlu potong dan kejadiannya lebih comel!!!. Tapi , bila saya dah kesuntukan masa.....guna gak acuan yang besar sikit. Tak kisahlah tu, janji sedap dan puas hati. Jom ......saya share resepi ni disini pula ye!!!!


TALAM KENTANG BERLAUK
Sumber : Citarasawan
Olahan : UDA

Bahan inti:
150gm daging cincang (saya guna 250gm - saya rebus dahulu)
2 biji bawang putih ( saya letak 3 biji)
1 st serbuk rempah kari ( 2 sudu besar)
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu ( ini saya tambah)
daun sup dan daun bawang secukupnya - dipotong halus
1 biji lada merah (dipotong bulat @ dipotong kecil2)
bawang goreng secukupnya (ini saya tambah)
gula dan garam secukupnya
minyak untuk menumis

Caranya: Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan rempah kari , gaul rata dan sebati. Dah wangi, masukkan daging , lobak merah, gula dan garam. Masak hingga kering. Tutup api. Masukkan daun sup dan bawang goreng secukupnya dan gaul rata. Ketepikan.


Bahan Bawah :
750gm ubi kentang
80gm tepung gandum
1st srbuk lada putih (saya letak 1 sudu besar)
1sb gula halus
warna kuning

Caranya: Rebus kentang dan lecek halus. Gaul dengan bahan yang lain hingga sebati dan ketepikan.


Bahan Atas:
470ml santan
70gm tepung beras
60gm tepung gandum
1 biji telur
1/4st garam halus (saya letak 1 sudu teh)

Caranya: Campurkan semua bahan, tapis dan masak hingga naik wap. Ketepikan.


Cara mengukus:
1. Panaskan kukusan. Jika guna loyang, alas plastik dan griskan dengan sedikit minyak. Masukan adunan kentang, ratakan kemudian kukus dalam 10 minit atau hingga masak. Masuk pula adunan atas @ adunan tepung, letakkan inti dan taburkan lada merah. Kukus selama 10 - 15 minit atau hingga masak.
2. Jika guna acuan lompang, griskan dengan sedikit minyak, ambil sedikit adunan kentang dan ratakan. Buat begini hingga habis adunan kentang tu. Kukus selama 5 - 10 minit, masuk pula adunan tepung dan letakkan inti dan letak lada merah yang dipotong bulaat. Kukus lagi hingga masak.














Rabu, 30 Januari 2013

Talam Lapis Keladi











Assalamualaikum dan selamat malam. Panas lagi hari ni. Bila karen tak de...lagilah panas!!!!. Kejadian tak de karen pagi tadi.....masak nasi guna periuk atas dapur gas je. Dah lama tak masak cara tu....kekoklah pulak. Nasib baik tak hangus....hehehe!!!. Sempat lagi tu menalam. Bukannya apa, dah dua minggu keladi yang mak bawak dari kampung tak terusik pun. Takut lain kali dia serik nak bagi lagi.....hari ni merajinkan diri!!!!. Biasanya saya buat talam keladi. Tapi hari ni merajinkan diri cuba melapis pulak. Alhamdulillah, menjadi. Kuih ni lembut je, sedap dan lemak2 manis gitu. Jom, kita intai resepi ni....


TALAM LAPIS KELADI
Resepi Olahan : UDA

Bahan A ( warna purple)
150gm tepung gandum
700ml santan pekat
250gm gula pasir
2 biji telur 
1/2 st paste keladi
sedikit garam
warna purple

Caranya : satukan semua bahan kecuali pewarna, kacau sebati. Kemudian tapis dan tambah pewarna. Kacau dalam periuk atas api yang sederhana hingga naik wap. Angkat dan bahagikan kepada 2 bahagian. Ketepikan.


Bahan B (warna kuning)
80gm keladi (dipotong dadu dan direbus hingga empuk)
50gm gula pasir
800ml santan sederhana pekat
150gm tepung beras
60ml tepung gandum
1sb tepung ubi
1/2st garam
pewarna kuning

Cara : satukan semua bahan kecuali keladi dan pewarna. Kacau sebati kemudian tapis dan tambah warna. Kacau dalam periuk atas api sederhana hingga naik wap. Masukkan keladi dan kacau sebentar. Tutup api dan ketepikan.


Cara mengukus:
1. Panaskan kukusan. Guna loyang 10x10x2in, alas dengan plastik yang telah dilengser sedikit minyak.
2. Kukus satu bahagian A hingga masak. Garis2kan dengan lidi kemudian tuang adunan B. Kukus hingga masak kemudian tuang lagi adunan A. Kukus lagi selama 15 minit atau hingga masak dengan api yang sederhana.
3. Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Biar kuih betul2 sejuk baru potong menggunakan pisau plastik.


SELAMAT MENCUBA















Selasa, 29 Januari 2013

Bebola Coklat







Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lega rasanya.....pagi tadi dalam kol 9am, karen tak de. Ingatkan sampai ke malam, alhamdulillah.....kol 3pm dah ada semula. Kononya nak buat kek chifon tapi karen tak de.....buat jelah bebola ni. Oleh kerana tuan punya badan tak reti duduk diam, sempat gak menalam....talam apa tu....tunggu...!!!!. Kita citer pasal bebola ni dulu. Kepada anak2 dan anak2 buah yang suka makan bebola coklat.....baca betul2 eeehhh.....senang je!!!!. Kalau lom pandai buat kek.....beli je kek kat kedai, kek yang simple tak de krim tu. Atau pun, kalau ada lebih kek orang bagi ke, mak mertua bagi ke....jangan dibuang, simpan, buat bebola ni. Bebola ni pun hasil dari lebihan kek coklat untuk Nurin hari tu. Bila ada part2 kek tu yang kene potong, saya simpan dan inilah hasilnya. Jom kita intai resepi yang senang ni....


BEBOLA COKLAT

Bahannya:
kek coklat secukupnya
jem sebarang perasa secukupnya (saya guna peanut butter)
coklat masakan secukupnya
gula hiasan/coklat urai secukupnya
lidi @ batang plastik secukupnya


Caranya:
1. Hancurkan kek coklat menggunakan tangan yang bersih. Bila dah hancur, masukkan jem secukupnya sehingga kek itu boleh dibulat2kan.
2. Ambil sedikit adunan, bulat2kan kemudian cucuk dengan lidi @ tak cucuk pun boleh. Buat hingga habis kemudian simpan didalam peti ais sehingga dia keras dan padat sedikit.
3. Panaskan coklat masakan, dah cair celup2kan bebola coklat hingga rata. Golekkan pula dalam coklat rice @ gula hiasan.
4. Biarkan coklat mengeras dan mengering. Boleh juga letakkan dalam peti ais supaya cepat kering. 

















Talam Lapis Lobak Merah










Assalamualaikum dan selamat petang. Dah dua tiga hari ni, panas bukan main lagi. Bagus kalau bakar sampah ni, cepat habis. Tapi.....tak de mood pulak. Kalau nak bangkit mood tu.....kene awal2 pagi dah start baru seronok. Kalau matahari dah naik baru nak berkebun....eemmm.....tunggu esok lusalah pulak. 

Tapi nasib baik hari ni mood menalam tak cancel lagi. Dah empat hari rasanya asyik menelek resepi ni tapi tak berkesempatan. Bahan2nya senang je cuma kalau nk menalam ni, kene betul2 fokus. Kalau tak....salah silap sikit je, talam lembiklah, tak keras2 bila mengukus. Kalau macam tu, bukan salah resepi.....salah tuan punya badan, ye lah....bukan pakar sangat menalam ni. Resepi ni saya copy dari antanbertingkah.blogspot. Lembut dan lemak je talam ni. Tapi saya rasa macam tak de rasa lobak merah pun. Tekak saya kot. Tapi memang best dan manisnya saya dah kurangkan sikit. Sesapa yang teringin nak makan talam lobak ni....buat sendiri, jom....semak resepinya.


TALAM LAPIS LOBAK MERAH
Sumber : Antanbertingkah.blogspot
Olahan : UDA

Bahan A (lapisan tepung/putih)
100gm gula pasir
300ml santan pekat
500ml air
150gm tepung beras
60gm tepung gandum
1sb tepung ubi
1/2st garam

Caranya:   Campur semua bahan, tapis dalam periuk. Kacau hingga naik wap, tutup api. Bahagikan kepada 3 bahagian, ketepikan.


Bahan B (lapisan lobak merah)
190gm gula pasir 
200ml susu cair
20gm lobak merah (diparut atau potong nipis)
150gm tepung beras
60gm tepung gandum
1sb tepung ubi (resepi asal tepung hoen kwe putih)
1/2st garam 
air secukupnya
pewarna oren

Caranya: Satukan semua bahan kecuali air, letak sikit dulu. Blender halus kemudian masukkan adunan dalam jug penyukat metrik. Tambah lagi air hingga adunan menjadi 1000ml @ 1 liter. Bahagikan kepada 3 bahagian.


Cara mengukus:
1. Panaskan kukusan. Alas loyang empat segi 10x10x2in dengan plastik dan lengserkan dengan sedikit minyak.
2. Ambil 1 bahagian lapisan putih, kukus hingga masak dengan api sederhana. Jika tekan dgn jari tak melekat dan nampak mengeras, dah masaklah tu. 
3. Garis2kan dengan lidi pada lapisan putih kemudian tuang adunan oren. Kukus lagi. Buat hingga adunan habis. Mula dengan lapisan putih, akhiri dengan lapisan oren. Lapisan terakhir kukus selama 20 minit atau hingga betul2 masak.
4. Sejukkan kuih. Bila dah betul2 sejuk, baru potong dengan menggunakan pisau plastik.




SELAMAT MENCUBA


















Isnin, 28 Januari 2013

Ayam Kurma Berkerisik







Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsi resepi ayam kurma ni. Semua orang tahu masakan ni. Tetapi, lain orang, lain caranya dan lain juga citarasanya. Kepada anak2 buah yang tak pernah memasak ayam ni, rajin2lah menjengok ke blog ni ye....hehehe!!!. Masak kurma ni kegemaran kami sekeluarga. Kalau kuahnya pekat....makan dengan prata @ roti canai pun sedap!!!. Dengan cekodok ikan bilis pun sedap. Kalau malas.....makan dengan roti sandwich pun laju je!!!. Jom kita intai.....


AYAM KURMA BERKERISIK
Resepi : UDA


Bahannya:
10 ketul ayam
1 cawan santan pekat
5 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan kerisik
1 biji kentang yg besar ( dibelah 8)
1/2 batang lobak merah (dipotong tebal)
2 tangkai lada merah/hijau (dibelah 2)
rempah tumis secukupnya
garam dan gula secukupnya
sekeping asam keping
minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan dimesin halus:
8 tangkai cili padi
1 batang serai
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih 
1 in halia
sedikit air


Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis. Tumis bahan dimesin hingga wangi dan nampak kering. Masukkan ayam, gaul rata hingga sebati.
2. Masukkan rempah kurma dan sedikit air, kacau lagi dan biarkan hingga timbul minyak.
3. Masukkan air secukupnya, kerisik, kentang, lobak merah, asam keping, garam dan gula.
4. Biarkan hingga ayam dan kentang empuk.
5. Masukkan santan dan lada yang dibelah ,  biar mendidih dengan api yang kecil. Rasakan garam dan gula, sedia untuk dihidangkan.














Ahad, 27 Januari 2013

Happy Birthday Nurin......!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti panjang minggu ni...ramai yg gi makan angin, balik kampung dan banyak gak jemputan kahwin. Kepada yg gi makan angin tu.....selamat pergi dan selamat balik. 28 Januari 2013.....ulangtahun anak saya yg ke 11. Sekejap je rasanya masa berlalu. Sebenarnya tak plan pun nk buat majlis makan2 ngan sedara mara. Ramai yg tak de.....maklumlah cuti. Anak suruh buatkan kek je....kecik pun jadilah....katanya!!!. Ciannya anak ibu ni!!!!. Buatkan jugalah sebiji kek yg comel....Kek Coklat Keju. Ibunya ni bukan pandai sangat pun nk mendeko kek ni.....apa yg ada dan apa yg terlintas je.... Nasib baik dia suka.....maklumlah....dikelilingi ngan coklat....peminat tegar coklat!!!!. Tengah sibuk dok mendeko kek .....datang ipar dan anak2nya. Alang2 dah ada tetamu.....boleh main potong2 kek. Sempat gak call tokey jual satay dan mee rebus....suruh bungkus hantar kat rumah. Alhamdulillah rezeki. Nasib baik hari ni dia berniaga.
     
Kepada anak ibu Nurin Izzati....selamat ulangtahun yg ke 11. Ibu sentiasa doakan yg terbaik untuk Nurin. Jangan lupa pesanan yg selalu ibu berikan.....jangan lupa solat, jangan lupa tutup aurat, jangan lupa baca Al quran....hingga akhir hayat. Semuga menjadi anak yg soleha, berjaya, cemerlang dan bahagia didunia dan akhirat. Ibu dan ayah.....sayang Nurin!!!!





Coklat....jalan jauh lagi!!!!!!






Assalamualaikum. Kepada anak ibu di Doha.....buat masa ni mesti dah terima coklat ni. Harap2 tak hancur...hehehe!!!, tetap molek kejadiannya. Ibu buat warna peberet masing2.....so, jangan gaduh2!!!. Terima kasih banyak2 pada tok bak dan nenek sebab susah2 bawakkan coklat ni. Alhamdulillah dah sampai dan dah jejakkan kaki di bumi Doha....hehehe!!!. Semuga tok bak dan nenek enjoy kat sana.....!!!!.










Jumaat, 25 Januari 2013

Brownies Kukus Keju Pandan










Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini saya bersiaran di waktu malam.....nak post brownies yang sedap ni, malam ini juga. Esok iaitu sabtu hingga isnin.....hari yang sibuk. Tak sabar nak share resepi ni. Sebenarnya, persiapan tuk buat kuih ni pagi2 dah mula. Entah mana silapnya.....saya salah bajet masa, so, tak sempat nak buat disiang hari, lepas maghrib sambung semula projek. Resepi ni saya copy dari recepcopas.blogspot. Sebenarnya, buatnya taklah serumit mana. Brownies ni tak besar dan tak tinggi. Saya guna loyang bersaiz 6x9in. Topping......kene sapu buttercream dulu baru tabur keju. Alhamdulillah, senang keje saya tadi sebab, buttercream yang saya buat untuk kek yang lepas, lebihannya masih saya simpan, boleh guna lagi. Dah malam....tak mau cerita banyak2...jom intai resepi ni.....


BROWNIES KUKUS KEJU PANDAN
Sumber : recepcopas
Resepi Olahan : UDA


Bahannya:
3 biji kuning telur
2 biji putih telur
60gm gula castor
1/2st ovalete
1/4st  vanilla
75gm tepung gandum *
10gm susu serbuk *
1/4st baking powder *  ( * diayak)


Bahan yang dicairkan:
60gm butter
40gm coklat masakan putih
40gm keju cream
2st pandan paste


Hiasan : 
buttercream , keju cheddar parut


Caranya:
1. Panaskan kukusan, lengser loyang dengan butter .
2. Pukul telur, gula dan ovalete hingga kembang dan putih
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sikit2, pukul hingga sebati.
4. Dah sebati, masukkan bahan yang telah dicairkan sikit2, gaul sebati.
5. Tuang dalam acuan pilihan, kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
6. Dah masak, sejukkan dulu, baru ditambah hiasan



SELAMAT MENCUBA
















Puding Belang Koko








Assalamualaikum. Semalam panas betul rasanya....mungkin bukan disebabkan cuaca tapi...tuan punya badan sibuk kesana kemari, banyak urusan. Tu yang rasa 'panas' agaknya...hehehe!!!!!. Sempat gak buat puding ni...boleh sejukkan tekak dan sejukkan mata memandang!!!. Puding ni puding coklat yang telah saya letak dalam blog ni cuma yang putih tu saya ubahsuai sikit. Puding ni memang lembut je dan pastikan ianya betul2 sejuk dan keras baru dikeluarkan dari acuan. Kalau tidak....ada sedikit berair. Jom kita intai resepi ni.....


PUDING BELANG KOKO


BAHAGIAN KOKO
Sumber : potretkaseh.com
Olahan : UDA

Bahannya:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2st garam
4 1/4 cawan air
4sb tepung jagung/kastard
1/2st esen vanilla
2sb butter
1 paket serbuk agar2 (10 - 11gm)

Caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali butter, kacau hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga sedikit pekat, kecilkan api.


BAHAGIAN PUTIH
Olahan : UDA

Bahannya:
1 cawan gula
1/2st garam
4 1/4 cawan susu segar
4sb tepung jagung
sedikit vanilla
10gm serbuk agar2

Caranya:
1. Campurkan semua bahan diatas, masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api.
2 Cara Melapis: Basahkan dahulu acuan pilihan dengan air supaya senang keluarkan puding nanti. Tuang beberapa sendok adunan koko kedalam acuan, sejukkan sebentar. Bila dah keras sedikit, garis2kan dengan lidi, tuang adunan putih pula. Buat sehingga kedua2 adunan habis. Sejukkan dalam peti ais dan pastikan dah keras baru keluarkan dari acuan. 



















Khamis, 24 Januari 2013

Rendang Daging Berdaun puding

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masak apa hari ini?. Kebetulan biras ada bagi batang pokok puding ni....kalau tak salah namanya puding belacan!!!. Tapi, katanya campur dalam rendang sedap daun puding ni. Apa lagi.....hari ni try masak rendang daging, letak daun puding. Rasa rendang tu tak berubah rasa, tetap rasa rendang.....daun tu yang sedap, lembut je. Seakan2 rasa pucuk mengkudu siam. Lain kali kalau masak rendang, boleh letak lagi. Dah bagi dengan batang2 tu...kenelah tanam ye!!!!!.





                                     inilah rupanya daun puding yg dimasak ngan rendang tu...
                                     tapi betul ke namanya puding belacan..klu salah, maaf ye!!!!



                                   kegemaran anak...rendang yang berkuah....bkn yang kering!!!!




RENDANG DAGING BERDAUN PUDING


Bahannya:
400gm daging (dipotong ikut citarasa)
250gm santan pekat
2 helai daun limau purut
daun puding secukupnya
1 keping asam keping
garam dan gula secukupnya

Bahan dimesin:
7 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
1 batang serai
sedikit lengkuas
sedikit halia
sebesar ibu jari kunyit basah
air secukupnya


Caranya:
1. Rebus daging sebentar kemudian buang air rebusan yg berlemak tu.
2. Daging direbus semula bersama bahan yang dimesin dan daun limau hingga  lembut.
3. Masukkan santan, asam keping, garam dan gula hingga separuh pekat.
4. Masukkan daun puding, kecikkan api, biar hingga pekat. Kepekatan tu bergantung pada citarasa masing2.

Rabu, 23 Januari 2013

Jemput Jemput Udang Geragau Rangup








JEMPUT JEMPUT UDANG GERAGAU RANGUP


Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/4st soda bikarbonate
1/4st baking powder
1 cawan udang geragau
2 biji bawang putih (ditumbuk halus)
1 biji bawang holland (didadu)
1st serbuk pati ayam
lada sulah Ajishio secukupnya
daun sup secukupnya
air secukupnya

Caranya:
1. Satukan semua bahan, adun rata. Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Saya tak letak garam sebab, pati ayam, serbuk lada sulah Ajishio dan udang geragau dah masin.
2. Sudukan 1 sudu teh adunan kedalam minyak panas, goreng hingga garing dan kekuningan.
3. Sedap dimakan panas2 dengan sos pilihan. 














Bawal Sos Thai Berbunga Kantan








BAWAL SOS THAI BERBUNGA KANTAN


Bahannya:

1 ekor ikan bawal (dibersihkan dan digaul dengan sedikit kunyit dan garam).
1 batang serai (dihiris)
1 batang bunga kantan (dihiris)
1 biji bawang holland (didadu)
5 tangkai cili padi (dipotong2)
3sb sos cili thai
minyak untuk menumis

Bahan dimesin:
8 tangkai lada merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
sedikit halia

Caranya:
1. Goreng ikan bawal yang telah dikunyitkan hingga garing dan masak. Ketepikan. 
2. Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi kemudian masukkan bahan yang dimesin. Tumis hingga garing.
3. Masukkan bunga kantan, cili padi dan bawang holland, gaul sebati kemudian masukkan sos cili thai. Jika terlalu pekat, masukkan air sedikit. Dah mendidih, rasakan masam, masin dan manis. Selalunya, jika saya guna sos cili thai, tak perlu tambah gula dan garam.....rasanya dah cukup dan sedap!!!.






Sup ikan senangin....






SUP IKAN SENANGIN


Bahannya:
2 ekor ikan senangin (dibersihkan dan dipotong 2)
1 batang serai (dititik)
6 tangkai cili padi (dititik)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 helai daun limau
1sb serbuk rempah sup
1st serbuk pati ayam
sedikit serbuk kunyit (untuk penyeri kuah)
sedikit air limau
serbuk lada sulah Ajishio secukupnya
sedikit lobak merah (dihiris memanjang)
1 batang saleri (dipotong menyerong)
daun sup secukupnya
bawang goreng secukupnya
garam dan gula secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan dihiris/ditumbuk:
3 biji bawang putih 
1in halia


Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang hiris, goreng hingga layu. Masukkan bahan ditumbuk, goreng hingga wangi dan keemasan.
2. Masukkan air, serai, cili padi, saleri,daun limau, air limau , rempah sup, lada sulah, serbuk kunyit dan pati ayam. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan, dan lobak merah. Masak hingga ikan masak, rasakan garam dan masukkan daun sup, tutup api.
4. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun sup. 

















Puding Roti Keju Coklat








Assalamualaikum, bersua kembali. Hari ni saya nak share resepi puding yang memang anak2 akan suka. Sebelum ni saya ada share resepi Puding Roti Keju tetapi kali ni ada letak coklat masakan dan keju disetiap lapisan roti. Rasanya.....tentu lebih sedap sebab ada coklat!!!!. Saya dah olah resepi ni ikut citarasa saya dan  sesuaikan bekas yang saya guna. So....sesapa yang try resepi ni, pandai2 lah adjust susun atur roti dalam bekas masing2. Mana ruang yang boleh letak sekeping roti...oklah!!!. Mana yang tak muat....kene potong roti tu. Kita yang buat dia.....janji menjadi dan sedap!!!!. Puding ni boleh dibakar ataupun dikukus. Saya suka kukus sebab, bila dah sejuk.....tetap lembut. Jom kita intai......


PUDING ROTI KEJU COKLAT
Sumber : ibuanak.net
Olahan : UDA


Bahannya:
6 - 8 keping roti sandwich
3 - 4 keping keju (jika suka, boleh tambah)
coklat masakan secukupnya (diparut /dihiris nipis)
keju parut secukupnya
butter secukupnya (untuk gris dan sapuan pada roti)


Bahan kastard:
3 biji telur
3sb gula pasir (jika suka manis, boleh tambah)
300ml susu cair
2sb butter (dicairkan)

*** Satukan semua bahan kastard, kemudian dipukul hingga rata.


Caranya:
1. Panaskan air kukusan. Griskan loyang atau bekas pilihan dengan butter.
2. Sapukan butter pada roti, susun roti didasar loyang hingga penuh.
3. Parutkan coklat atau letakkan coklat yang dihiris nipis ke atas roti, kemudian letak kepingan keju. Kepingan keju terpulang kepada citarasa samada nak letak sekeping2 @ sekeping dipotong 2/3.
4. Selepas letak keju, tutup semula dengan roti. Letak coklat, letak keju dan tutup semula dengan roti.
5. Tuang adunan kastard keatas roti hingga rata. Tabur keju parut diatasnya . Jika suka, boleh juga taburkan coklat chip atau coklat rice diatas keju parut tadi.
6. Bakar @ kukus puding ni hingga masak. Saya kukus selama 1/2 jam dengan api yang sederhana.
7. Angkat dan sejukkan. Boleh juga disejukkan dlm peti ais sebentar.



















Ahad, 20 Januari 2013

Brownies Kentang Coklat......(kukus)











Assalamualaikum dan selamat pagi. Semuga semuanya ceria walaupun cuaca mendung sana sini. Hari ni saya nak kongsi satu brownies kukus yang sedap dan lembut je. First time buat.....memang berbaloi!!!!. Resepi ni saya jumpa masa ronda2 kat blog ResepMakananOnline.com. Saya memang suka singgah disitu untuk bersantai2, skodeng resepi yang menarik dan saya olah untuk dicuba. Kalau sedap dan menjadi.....saya share disini. Bahan dan menbuatnya taklah susah mana...cuma kena angin rajin, baru ada mood membuatnya. Resepi ni saya dah olah, ikut kesesuaian dan citarasa saya. Saya kukus dalam bekas plastik ukuran 6.5 x 6.5in yang dialas dengan aluminium foil. Nampak rendah sebab, 2 sendok adunan saya larikan untuk kukus dalam acuan bulat yang kecil dan untuk belang2kan atas brownies tu. Jom kita intai resepi brownies yang best ni.....


BROWNIES KENTANG COKLAT
Di Olah : UDA


Bahannya:
60gm butter/margerin
60ml santan segera
60gm coklat putih (dipotong2)
4bj telur
95gm gula castor
100gm kentang yang dikukus (haluskan)
1st ovalette
80gm tepung gandum (diayak)
1sb serbuk koko (diayak)
1st coklat emulco
pewarna kuning


Caranya:
1. Panaskan kukusan. Alas loyang atau bekas pilihan dengan baking paper atau aluminium foil. Tak perlu digris.
2. Panaskan butter dengan coklat putih secara double boiler. Kacau rata. Kemudian masukkan santan, kacau rata, ketepikan.
3. Pukul telur, gula, kentang dan ovalette hingga kembang dan gebu.
4. Masukkan tepung sikit2, adun rata. Kemudian masukkan campuran butter tadi sikit2, adun rata.
5. Adunan dibahagi kepada 2. 1 bahagian diwarnakan kuning, 1 bahagian lagi di campurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco. Ataupun.....adunan dibahagi ikut kreativiti masing2.
6. Kukus bahagian kuning selama 10 minit atau hingga masak, kemudian kukus bahagian coklat selama 20 minit.
7. Sejukkan baru dipotong.



SELAMAT MENCUBA