Khamis, 6 Disember 2012

Kuih Sagu Lapis





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semuga semuanya sihat2 belaka. Bila sihat, semua jenis makanan boleh makan ye tak?. Memang kita kene jaga kesihatan untuk kekal sihat tapi.....dalam kita jaga jaga tu, kekadang kene gak sakit. Sihat dan sakit tu semuanya pemberian Allah.  Hari ni nak tayang kuih yang bekaler2 ni.....!!!!. Semua peringkat umur sukakan kuih ni. Kalau anak2....tengok kaler kuih ni je dah mengancam, tak sabar nak merasa. Untuk mak2, bapak2 dan kita semua ni.....mesti suka sbb kuih ni lemak dan tak berapa manis. Lemak tu pun sbb saya lebihkan kelapa dan bila makan memang terasa 'getarannya'....hahaha!!!!!. Kuih ni dah selalu saya buat, resepinya saya copy dari Che Mat Gebu. Saya olah resepi ni sikit dari bahannya dan juga cara mengukusnya. Saya guna acuan lompang so....nak jimat masa, saya tak kukus selapis2....hentam 3 lapis sekali kukus!!!!!. Kita yang buat dia ye tak? Terima kasih CMG dan saya share disini pula ye......








KUIH LAPIS SAGU
Sumber : Che Mat Gebu
Olahan : UDA


Bahannya:
250gm biji sagu (rendam 1 jam dan toskan)
150gm gula halus
300gm kelapa parut putih
garam halus secukupnya
1/4st esen ros
1st pandan paste
sedikit pewarna merah


Caranya:
1. Lengser acuan lompang secukupnya (lebih kurang dlm 25 biji acuan) dengan sedikit minyak. Ketepikan.
2. Panaskan air kukusan.
3. Gaul sagu, gula, kelapa parut dan garam hingga sebati dan rata.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dibiarkan putih, 1 bahagian campur dengan pandan paste dan titiskan sedikit lagi pewarna hijau jika perlu. 1 bahagian dicampur esen ros dan titiskan pewarna merah. Gaul rata.
5. Dalam acuan lompang, ambil sesudu adunan warna hijau, ratakan, ambil pula sesudu adunan putih, ratakan dan akhir sekali ambil sesudu adunan merah, ratakan dan buat semuanya sehingga selesai, baru kukus. Kukus dalam masa 20 - 25 minit atau sehingga masak.
6. Kalau guna loyang biasa......lengser dengan minyak dan panaskan dulu loyang tu dalam 2 minit.
    Masukkan adunan sagu warna hijau kesemuanya, ratakan dan kukus selama 10 minit. Kemudian kukus pula adunan putih, kukus lagi 10 minit dan akhir sekali adunan warna merah, kukus lagi 10 minit.
7. Pastikan kuih betul2 sejuk baru keluar dari acuan atau baru potong.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan