Isnin, 5 November 2012

Sweet Sour Tahu Jepun Berudang














Assalamualaikum dan selamat pagi. Wahh....pagi2 dah bersiaran. Hari ni masak cepat sbb petang ada kelas so, masaklah awal sikit. Sementara nk tunggu time ambik anak balik sekolah, post dulu resepi ni.
Tauhu jepun ni dah seminggu dok dlm ais box.....tk sempat nk masak....sibuk pun ye, terlupa pun ye!!!!. Hari ni baru dikorbankan.... Jom intai....mcm mana saya masak tahu ni, simple, senang dan sedap!!!!



SWEET SOUR TAHU JEPUN BERUDANG

Bahan A:
2 paket tahu jepun (dipotong bulat)
1 biji telur (dipukul sedikit)
tepung jagung secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan B:
sedikit minyak bijan
2 ulas bawang putih (dicincang)
8 tangkai cili padi (dihiris)
1/2 kiub stok ayam
sedikit lada sulah berperisa Ajishio
2sb sos cili thai
1sb sos tiram
1cawan air
1biji telur(dipukul sedikit)

Bahan C :
segenggam udang basah (dibuang kulit)
lobak merah secukupnya (dipotong memanjang)
3 batang jagung muda (dipotong memanjang)


Caranya:
1. Tahu jepun dicelup dalam telur dan disalut dengan tepung jagung kemudian digoreng. Ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak menggoreng tadi dan dicampurkan ngan minyak bijan. Tumis  bawang putih dan cili padi hingga wangi. Masukkan air.
3. Masukkan lada sulah, sos cili, sos tiram dan kiub ayam. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan bahan C dan biar mendidih sekali lagi.
5. Masukkan telur sambil dikacau supaya telur nampak halus.(jika kuahnya terlalu pekat, tambah air sikit lagi)
6. Bila dah sebati semuanya, padamkan api dan boleh dihidangkan.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan