Ahad, 25 November 2012

Sotong Sos Cili Thai










SOTONG SOS CILI THAI
Resepi: UDA

Bahannya:
4 ekor sotong sederhana besar (dipotong bulat)
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk
sedikit tepung jagung
4sb sos cili thai - MAEPRANOM BRAND
1/2 biji bawang holland (dipotong bulat)
2 biji bawang putih (dicincang)
sedikit halia (dihiris)
2 batang jagung muda (dipotong kasar)
sedikit epal hijau (dihiris memanjang)
sedikit cili padi (dipotong kecil)
1 helai daun limau purut (dihiris halus)
capsicum merah dah hijau secukupnya (dipotong kasar)
1 sb margerin untuk menumis


Caranya:
1. Sotong digaul dengan garam , serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng hingga masak, ketepikan.
2. Panaskan margerin, tumis bawang putih, cili padi dan halia hingga wangi.
3. Masukkan capsicum, daun limau, gaul sebati.
4. Masukkan sos cili thai, jagung muda, gaul sebati.
5. Masukkan sotong dan bawang holland, gaul sebati dan tutup api.
6. Masukkan epal, gaul sebentar terus angkat. Jangan lama2 nanti epal tak rangup.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan