Ahad, 11 November 2012

Kaswi Keladi


 



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni sibuk siapkan kuih untuk dibawa ke Singapore.....ada majlis pertunangan. Saya buat kuih bakar betawi, seri muka dan kaswi keladi. Ada lebihan adunan....saya buat tuk makan sendiri. Lagipun, nak try acuan baru....sillicon mould. Kalau tinggi kuih tu lagi cantik.....ada lebihan adunan tu sikit je, sbb tu rendah !!!!. Saya copy resepi ni dari Kak Yati tapi saya gandakan sbb nak guna lo yang 10x10in. Biasanya tak de lebihan adunan, tp tadi saya lebihkan keladi tu.....itu yg boleh dapat buat lagi sikit. Kuih ni lembut je....sapa2 yg gemar kuih yg berkukus....jom kita intai resepi ni.....


KASWI KELADI
Sumber: Yatiememories
Olahan : UDA

Bahannya:
3 cawan tepung gandum
3 cawan tepung ubi
3 cawan keladi (yg telah direbus)
1 1/2 cawan gula pasir
1 st garam
2 1/2st air kapur
perisa keladi
pewarna unggu
kelapa parut dan garam secukupnya untuk salut

Caranya:
1. Panaskan kukusan.
2. Sapu minyak pada loyang, panaskan sebentar.
3. Campur semua bahan, blender halus.
4. Masukkan adunan dalam loyang yg telah dipanaskan, kukus 25 - 30 minit hingga masak.
5. Bila dah sejuk, baru potong dan salut dengan kelapa parut tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan