Selasa, 27 November 2012

Ayam bakar berempah (2)...





Assalamualaikum. Menu permintaan hubby!!!!. Kalau dia beli ayam dah potong macam ni....memang kene buatlah tu. Bakar macam mana sekali pun, tak kisah....janji sedap!. Sebelum ni ada gak ayam bakar berempah....resepi yang simple dan pastinya sedap!!. Yang ini, rasanya seakan2 satay pun ada. Rasanya.....eemmm....kalau licin pinggan tu maknanya, memang sedap. Hubby n anak makan meratah je ayam tu!!!. Jom saya share resepi ni......






AYAM BAKAR BEREMPAH
Resepi olahan: UDA

Bahannya:
3 keping ayam ( 3 bhg quater)
2sb lada serbuk
2sb sos tiram
2sb madu
1kiub stok ayam
2sb kicap pekat/manis
2sb margerin

Bahan dikisar:
2 batang serai
1biji bawang besar
3biji bawang putih
sedikit halia
1st jintan kasar
1st jintan halus
2st ketumbar
sedikit air


Caranya:
1. Ayam yang telah dibersihkan dan dikeringkan, perap dengan bahan kisar dan bahan yang lain kecuali margerin. Perap selama 2 jam atau lagi lama lagi sedap.
2. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 180C atau sehingga garing.
3. Semasa proses pembakaran, jika rempah ayam tadi ada lagi, boleh ditambah pd ayam tu.
4. Bila dah separuh kering, sapukan margerin pada ayam tu supaya lagi garing dan berkilat.



SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan