Ahad, 7 Oktober 2012

Tembosa....makanan pantai timur






Assalamualaikum, selamat petang. Hari ni teringin nak buat kuih tembosa ni. Mulanya....tengok pada gambar mcm karipap je. Rupa2nya berintikan isi ikan dgn kelapa. Itu yang teruja nak membuatnya. Dlm resepi, kene guna ikan kembong, tp tak de.....saya guna ikan selar je. Agaknya kalau guna ikan kembong tu lagi lemak rasa intinya. Apa2 pun....memang sedap kuih ni. Selain kulitnye rapuh, inti ikan tu mmng power!!!!. First time makan dah terpikat. Pada sapa2 yg tk pernah makan tu, cubalah, tak rugi. Makanan ni dari pantai timur tapi tak pasti dari negeri mana. Maklumlah , tuan punya badan orang selatan!!!!!



TEMBOSA
Sumber: Norzailina Nordin (Variasi Masakan Pantai Timur)


Bahan inti:
4 ekor ikan kembong (saya guna ikan selar)
4 ulas bawang merah (tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ditumbuk halus (ini saya tambah, resepi asal tak de)
150gm kelapa parut putih
1/4 st serbuk lada hitam (saya letak lebih)
garam secukup rasa
serbuk kunyit (saya tambah untuk warnakan inti tu)

Cara membuatnya:
1. Rebus ikan, ambil isinya dan tumbuk hingga lumat.
2.Kacau isi ikan bersama dengan bahan inti yg lain atas api perlahan sehingga kering. Angkat dan biarkan sejuk.


Bahan doh:
450gm tepung gandum
180gm margerin
120-130ml air
sedikit garam


Cara membuatnya:
1. Gaul tepung, garam dan margerin dalam mangkuk. Tuang air sikit2 dan uli menjadi doh. Letak doh dlm mangkuk, tutup dengan tuala lembab dan biarkan 30 minit.
2. Canai doh setebal 4mm, terap bentuk bulat. Isikan inti kemudian tangkup dengan sekeping lagi doh bulat.
3. Kelim keliling bahagian tepi, panaskan minyak, goreng kekuningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan