Sabtu, 6 Oktober 2012

Sheperd's Pie



Assalamualaikum, selamat berhujung minggu. Biasanya hujung2 minggu ni, orang suka window shopping, bawak anak2 tepi laut ke dsbnya. Ada yg dok kat rumah je.....masa ni lah nk masak yg special sikit untuk keluarga. Tak kisahlah.....dimana pun anda, janji hati bahagia!!!!. Malam tadi berkesempatan  buat pie ni....nak bagi anak buah sebagai buah tangan ke rumahnya. Masuk ni dah 2 x buat pie ni, cuma yg ni je sempat nak tayang kat sini..... Resepi ni saya copy dari Kak Yati @ Yatiememories. Ada gak blogger yg lain  dah buat pie ni tapi tergoda ngan kak yati punya. Kali ini saya guna inti ayam dan mix vegetable. Adunan pie sama dgn Kak Yati punye tapi  saya letak daun sup sikit. Jom kita semak resepi ni......


SHEPERD'S PIE

Bahan untuk inti:
500gm isi ayam (dipotong dadu)
1 bj bawang besar (potong dadu)
2 bj bawang putih (potong dadu)
2 cawan mix vegetable
2sb serbuk lada hitam
1sb serbuk lada sulah berperisa
1 kiub stok ayam 
2sb butter
1sb tepung jagung (bancuh dgn 1 cwn air)

Cara memasak inti:
1. Panaskan butter, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2.Masukkan ayam,lada sulah dan serbuk lada hitam,kacau rata hingga ayam masak.
3. Masukkan kiub ayam, kacau lagi hingga betul2 sebati.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga kering.Ketepikan.

Bahan untuk pie:
1 kg kentang (potong kecil2 dan direbus hingga lembut)
1/2 cawan susu segar.
2st serbuk lada sulah
2st serbuk lada hitam
2sb butter
sedikit daun sup(potong halus)
garam secukup rasa

Cara menyediakan pie:
1. Kentang yang dah direbus hingga lembut, toskan air dan dilecek halus ketika panas2.
2. Gaul dengan garam, serbuk lada sulah dan lada hitam, daun sup, butter dan susu segar hingga sebati.
3. Masukkan separuh adunan kentang dlm bekas pilihan (saya guna bekas aluminium).
4. Tabur inti, kemudian tutup dengan baki adunan kentang tadi.
5. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 45 minit atau sehingga kekuningan dan garing.

1 ulasan: