Selasa, 9 Oktober 2012

Puding Karamel


Assalamualaikum dan selamat pagi. Semuga sentiasa ceria dan sentiasa besemangat bila kat dapur tu. Tapi yg lebih penting, kene ikhlas, sentiasa berzikir dan salawat wpun tengah buat keje.....dapat pahala tuuu!!!!.Kalau kita ikhlas, buat keje atau memasak banyak mana pun, hati akan puas, lelebih lagi tengok ahli keluarga kita menikmati apa yg kita masak. Hari ni nk kongsi resepi karamel ni. Banyak dah resepi karamel kat blog2, lain orang, lain bahan dan caranya. Tak salah kalau suka mencuba.....Jom intai, macam mana karamel saya.....


PUDING KARAMEL

Bahannya

1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan air
8 biji telur(dipukul halus guna whisk)
essen vanilla
pewarna kuning

Bahan gula hangus:
5sb gula pasir
4sb air
* masak gula atas api sedehana dengan 1sb air hingga keperangan. Tambah lagi air yg lebih tu, masak hingga pekat, ratakan keseluruhan dasar loyang, ketepikan dan sejukkan.


Cara membuat puding:
Panaskan kukusan.
Satukan gula dan air dlm blender, mesin hingga gula hancur. Keluarkan dan masukkan dlm bekas. Masukkan susu cair, telur, vanilla dan pewarna kuning, kacau sebati guna whisk.Kemudian tapis. Masuk dalam acuan yg dah ada karamel tadi, kukus selama 20 minit atau hingga masak , dengan api sederhana.

2 ulasan:

  1. salam ...dari sehari ke sehari nak buat puding ni tapi hari mendung je...tak sesuai nak makan hari sejuk2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau bertangguh lagi malas....baik buat....hahaha

      Padam