Isnin, 31 Disember 2012

Kek Lapis Ubi Kayu





                                           Lapisannye tak berapa kemas, lain kali kene try lagi!!!!!!




Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2013!!!!!!. Ini merupakan entry terakhir saya untuk 2012. Sebagai blogger baru, saya seronok dapat berkongsi resepi dengan anda semua. Walaupun kesemua resepi tu bukan karya asal saya tetapi saya copy dari blogger2 lain, saya mencuba dan menjadi, saya share pula dengan anda semua dan juga sebagai rujukan untuk saya dan ahli keluarga yang lain. Dunia masakan memang unik. Hobi memasak dan mencuba pelbagai resepi juga sama dengan hobi2 yang lain. Kalau sehari tak dapat memasak dan mencuba......serba tak kena jadinya!!!!!. Kalau dah hobi....tak ada istilah serik untuk mencuba lagi kalau tak jadi. Bila ianya menjadi.....satu kepuasan yang tak boleh diungkap dengan kata2.....hilang sudah segala rasa penat, timbul rasa nak buat lagi dan lagi!!!!!. Terima kasih kepada kawan2 blogger yang lain.....yang sama2 sudi berkongsi resepi. Semuga di tahun 2013, banyak lagi resepi2 yang menarik, yang boleh kita kongsi bersama......mudah mudahan!!!!.

Resepi Kek Lapis Ubi Kayu ni, saya copy dari blogger Rozzan. Kek ni memang sedap, terasa lemak ubi tu!!!!. Resepi asal, beliau guna perasa vanilla dan coklat paste. Tapi, saya suka perasa pandan dan kandungan gula pun saya kurangkan sikit.. Kek ni dibakar seperti kek lapis biasa ye tapi.....setiap lapisan atas tak perlu sampai nampak coklat. Cukup sekadar dah cukup masak sahaja .Jom...kita intai resepi ni.....


KEK LAPIS UBI KAYU
Sumber : Rozzan. blogspot
Olahan : UDA


Bahannya:
1 kg ubi parut
6 biji telur A
1/2 st garam halus
1st pandan paste
sedikit pewarna kuning
1st vanilla
250gm santan (saya guna santan kotak - 200ml + 50ml air)
370gm gula castor
300gm butter
150gm tepung gandum
1 loyang berukuran 8 x 8in
(gris keliling dengan sedikit butter dan alas dgn tracing paper)



Caranya:
1. Ubi yg dah diparut, perah dengan kain kasa dan airnya diperap sebentar- dlm 10 minit. Bila sagu dah mendap, buang air dan ambil sagunya dan campurkan dengan ubi parut tadi.
2. Santan, gula dan garam dimasak hingga panas sahaja, tk perlu memdidih. Kemudian masukkan butter, kacau rata, ketepikan.
3. Pukul kuning telur hingga kembang. Kemudian masukkan tepung, ubi kayu dan pukul lagi hingga rata. Masukkan pula adunan santan, kacau rata dan sebati.
4. Adunan dibahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste, satu lagi dicampurkn dengan vanilla dan pewarna kuning.
5. Ambil 2 sendok adunan  warna kuning, tuang dlm loyang. Bakar guna api grill sehingga masak..
6. Kemudian sendukkan warna hijau pula, bakar lagi. Buat sehingga kedua2 warna habis. Buat seperti membakar kek lapis.
7. Untuk lapisan terakhir, guna oven api atas bawah dgn suhu 170C selama lebih kurang 20 minit atau  hingga masak.
8. Pastikan betul2 sejuk baru dipotong.
9. Kek ini boleh tahan lama jika disimpan dlm ais box.














Ahad, 30 Disember 2012

Mille Crepe With Vanilla Cream Custard

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah bersedia nak masuk tahun baru?. Masuk je tahun baru, umur kita pun bertambah. Kalau angan2, azam dan apa yang kita hajati tak kesampaian pd thn ni, leh usaha lagi dan terus berusaha dan berdoa semuga tahun hadapan dimakbulkan Allah. Tapi angan2 saya nak buat crepe ni dah termakbul hehehe!!!!!.. Kekadang nak buat tapi malas. Tapi bila 'keadaan terdesak'.....baru mood tu datang, bila hati betul2 nak buat, fokus betul2.....baru menjadi. Bila hasil kejadiannya yang menjadi.....hilang segala penat. Bila makan dan masuk dimulut dan ditekak.....aduhai!!!!!!, lidah tak leh bohong......memang sedap crepe ni.....lembut je.....sangat2 puas hati. Resepi ni saya copy dari Azlita Masam Manis.....yang sememangnya kreatif dan apa2 je hasil dari tangan kreatifnya tu......buat orang kecur!!!!!. Sekarang dah hilang kecur saya dengan crepe  ni. Tq so much......dengan resepi yang sedap ni. Buatnya tak susah mana tapi, perlu banyak kesabaran dan ikut je step by step dari beliau. Bila dah berjaya dan dah tahu teknik2nya, lain kali boleh buat pelbagai perasa pula. Adunan crepe ni......bila saya melapis, ada terlebih sbb cream dah habis. Saya dapat lebih kurang 20 keping crepe yang nipis tapi bila melapis, saya dapat guna lebih kurang dalam 15 keping je. Selebihnya, saya sapu ngan peanut butter.....wowww!!!! sedap gak. Ok.....kita intai resepi ni....Jika nak lebih detail, intai je kat blog Azlita Masam Manis.


MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD
Sumber: Azlita Masam Manis
Olahan:UDA


CREPE

Bahannya:
140gm tepung kek - self raising flour
20gm tepung jagung
80gm gula castor
500ml susu segar/susu cair
30gm butter dicairkan
4 bj kuning telur
secubit garam
1st esen vanilla

Caranya:
1. Dalam bekas, ayak tepung kek, tepung jagung dan garam.
2. Masuk separuh susu kedalam tepung tersebut, gaul rata hingga licin tak berketul2.
3. Dalam bekas lain, saukan telur, gula dan baki susu tadi, kacau sebati.
3. Campurkan adunan telur ke dalam adunan tepung tadi, gaul rata hingga licin. Tambah butter dan vanilla, gaul rata.  Jika adunan berketul2, blender sekejap kemudian tapis.
4. Tutup bekasnya dengan plastik, simpan dalam peti ais selama 30 minit.
5. Panaskan kuali non stick hingga benar2 panas, kemudian kecilkan apinya.
6. Oleskan dengan sedikit minyak, tuang 1 sendok adunan, mula memdadar. Biar hingga permukaannya kering dan bhg bawah kuning keemasan. Tak perlu dibalikkan. 
7. Kalau nak cantik, buat nipis2. 
8. Setiap lapisan crepe yang dah masak dan diangkat, letak dalam loyang/ pinggan, terus tutup dengan plastik supaya terus lembab dan tak kering. 1 keping crepe, 1 helai plastik.
9. Buat hingga habis, ketepikan.



Untuk lapisan dasar, saya ikut Azlita......guna kek span vanilla. Sebenarnya boleh guna apa2 kek yang kita suka. Tak letak kek pun boleh.....lapisan crepe tu saje. Resepi dibawah adalah 1/2 adunan resepi kek span vanilla. Jika buat 1 adunan.....kek tu pun nanti kene potong gak sbb pakai lapisan kek span yang nipis je.

KEK SPAN VANILLA (1/2 adunan)

Bahan A
2 biji kuning telur
10gm gula castor

Bahan B
2 biji putih telur
50gm gula castor
48gm tepung - diayak
8 gm susu tepung - diayak
35 gm butter dicairkan

Caranya:
 1. Panaskan oven pada suhu 170C.
 2. Griskan loyang bulat 8in dan alas dgn kertas minyak. 
 3. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu. Ketepikan. Adunan sikit, guna hand mixer je....
 4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula castor, pukul lagi hingga kental dan kaku. Kaup balikkan adunan putih telur dengan bahan A hingga sebati.
 5. Masukkan tepung dan susu tepung dalam adunan, kaup balik adunan hingga sempurna.
 6. Masukkan butter cair dan kaup balik hingga sebati.
 7. Masuk dalam loyang, bakar selama 20 minit.
 8. Dah masak, terus keluar dari loyang dan sejukkan.

VANILLA CREAM CUSTARD

Bahannya:
200ml whipping cream / 550ml Non Diary Whipping Cream Rich kotak biru 
450ml susu segar / susu cair
2sb tepung gandum
1 1/2 sb tepung jagung
85gm gula castor
4 biji kuning telur
2sb butter
1st vanilla
 secubit garam

Caranya:
1. Masukkan susu dalam periuk, masak atas dapur hingga mendidih. Tutup api.
2. Angkat dari dapur, masukkan tepung dan tepung jagung. Kacau dengan segera hingga adunan licin kemudian tambah gula, kacau hingga gula larut.
3. Tambah kuning telur dan vanilla, kacau rata. Jika adunan berketul2, blender sekejap, kemudian tapis.
4. Letak semula atas dapur dgn api yang sederhana, kacau hingga meletup2.
5. Angkat dari dapur, masukkan butter, kacau rata hingga menjadi adunan yang licin. Ketepikan.
6. Dalam mangkuk mixer, putar whipping cream hingga ketal dan bertanduk.
7. Tuang adunan whipping cream dalam adunan custard, kaup balikkan hingga sebati.
8. Jika guna Whipping Cream Rich kotak biru, campurkan sekali cream dengan adunan custard, putar hingga mengental dan menjadi adunan cream yang licin.


Cara melapis: ( step by step.....boleh lihat di blog masam manis ye!!)
1. Ambil kek span tadi, letak atas lapik kek.
2. Sapukan cream custard atas kek dan ratakan. Guna piping beg pun boleh.
3. Letak sekeping crepe atas cream tadi, tekan2 sikit supaya cream kat bawah rata.
4. Letak cream atas crepe dan begitulah seterusnya hingga cream dan crepe habis. Saya buat cream habis tapi creap ada baki, mungkin cream saya letak banyak.
5. Balut kek kita dengan plastik supaya crepe tak kering, kemudian masuk dalam peti ais supaya cream mengeras.
6. Boleh deco ikut kreativiti masing2.







Nasi Lemak Hijau









Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di antara menu wajib di hujung minggu....!!!!!. Kalau tak sempat buat, encik suami akan beli. Memandangkan tengahari saya ada urusan, masak nasi lemak ni buat sarapan merangkap tengahari sekali. Dah banyak kali gak buat nasi lemak ni tapi masa tu lom berblog lagi. Resepi ni saya copy dari kak Yati @ yatiememories. Rasanya sedap, seakan2 nasi serai pun ada. Lauk sampingan tu....ikut cita rasa encik suami.....sambal sotong kering. Keropok wajib ada, memang kalau makan nasi putih pun keropok tak tinggal!!!!. Jom kita intai resepi ni......


NASI LEMAK HIJAU
Sumber: Yatiememories
Olahan: UDA


Bahannya:
3 cawan beras Basmathi (cuci, rendam 20 minit, toskan)
31/4 cawan santan
1 cawan air pandan (10 helai daun pandan dimesin dgn 1 cwn air)
1 batang serai (dititik)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 in halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
rempah tumis secukupnya
1st serbuk lada hitam
sedikit garam


Bahan sampingan:
apa2 lauk kegemaran masing2


Caranya:
1. Masukkan beras dalam rice cooker. 
2. Tumis bahan rempah tumis, masukkan serai, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan santan, lada hitam, garam, biar mendidih.
4. Masukkan santan dalam beras tadi dan masak seperti biasa.
5. Bila nasi dah masak, balik2kan nasi dengan garpu / chopstick supaya nasi tak patah.













Jumaat, 28 Disember 2012

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers






Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menu makan malam....ada permintaan!!!!!!. Sebelum ni dah macam2 cara buat ayam panggang....semuanya best2!!!. Kali ni nak makan ala2 Kenny Rogers. Belek2 kat internet....rupanya dah ramai mencuba dan membuatnya. Ramai bloger2 dah tayang ayam panggang ni......semua resepi hampir sama. So, saya copy dari Azlita Masam Manis. Memang sedap ayam ni.....kalau perap semalaman lagi uummph!!!!. Saya perap dalam 5 jam gitu. Kebetulan semua bahan ada, sayur pun ada, so....lengkaplah hidangan saya ni. Kalau makan tak sendawa....tak  tahulah!!!!!!. Jom saya share disini pula ye.....



AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Sumber : Azlita Masam Manis
Olahan : UDA


Bahannya:
4 keping ayam ( bhg peha)

Bahan untuk perap ayam: (dimesin)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 in halia
4sb sos lada hitam
3sb sos tiram (ini saya tambah)
2sb lada hitam
2sb madu
1 ketul kiub ayam
2sb gula perang/ gula pasir ( saya guna gula perang)
3sb herba campuran
sedikit garam
sedikit air untuk mesen semua bahan
sedikit butter 


Caranya:
1. Campur semua bahan dengan sedikit air, mesin.
2. Ayam dikelar2 sedikit supaya bahan rempah meresap.
3. Lumurkan semua bahan pada ayam, perap semalaman (saya perap 5 jam je).
4. Sapu sedikit butter pada ayam, panggang selama 1 jam atau sehingga masak.
5. Untuk ayam tidak terlalu kering, sering sapukan ayam dengan minyak dan rempah yang menitis.
6. Sedap dimakan panas2 dengan sos lada hitam, closlaw dll.












Khamis, 27 Disember 2012

Ubi Goreng Bersambal.








Assalamualaikum. Ubi......memang kesukaan orang2 yang dh berumur macam kita ni.  Budak2 muda sekarang ni.....suka ke?. Kalau anak saya....kurang!!!!..Dari ubi.....macam2 resepi boleh dihasilkan. Dari resepi lama hinggalah boleh dimodenkan. Musim hujan ni.....kalau dapat ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis, minum dengan air kopi panas.....perghhhh!!!!!.....sedap woooo!!!!!. Kalau ubi goreng bersambal ni....peberet suami. Kekadang, kalau ada ubi, pepagi suruh buat nak bawak gi tempat keje.....Buatnya senang je.....Jom kita intai....


UBI GORENG BERSAMBAL

ubi secukupnya (dibersihkan dan dipotong memanjang)
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam
gula dan garam secukupnya

Bahan dimesin:
lada kering secukupnya
1 biji bawang putih
ikan bilis secukupnya ( mesin lada n bawang dulu, dah halus baru masuk ikan bilis, jgn halus, biar kasar2)


Caranya:
1. Ubi, serbuk kunyit dan garam, digaul sebati. Kemudian goreng garing, ketepikan.
2. Timis bahan dimesin hingga wangi dan garing, masukkan garam dan gula. Biar manis sikit. Biar sebati tapi jangan sampai kering sangat.
3. Masuk ubi goreng, gaul sebati dan tutup api. Sedap dimakan panas2.










Cencaru Bersambal cencaluk....


Assalamualaikum.....kita terus je ke resepi ikan ni ye.....nak cepat, ada hal!!!! Jom kita intai.....


CENCARU BERSAMBAL CENCALUK


Bahannya:
2 ekor ikan cencaru (bersihkan, jangan buang kulit keras)
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam
**** gaul ikan dengan bahan tersebut, goreng hingga masak dan ketepikan.

sedikit sos cili
5 sb cencaluk
gula secukupnya

Bahan yang dipotong2:
1/2 biji bawang holland
6 biji cili padi (lebih pun tak pe)
1 biji buah tomato

Bahan yang di mesin:
10 tangkai lada merah
3 biji bawang putih
sedikit halia


Caranya:
1. Tumis bahan yang dimesih hingga separuh garing. Kemudian masukkan cencaluk, tumis lagi hingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan sos cili, sedikit air dan gula. Kacau sebati.
3. Masukkan bahan yang dipotong2. Rasakan masin dan manis. Tak perlu letak garam sbb cencaluk dah masin.
4. Masukkan ikan sebentar, gaul sebati, tutup api dan boleh dihidangkan panas2.





Kacang Buncis Lemak Berudang




Assalamualaikum , salam sejahtera, salam bahagia dan salam ceria!!!!!!. Mood malas ada lagi.....tapi gagahkan juga sbb dah beberapa hari 'sunyi' je blog ni. Sebenarnya, selain untuk kepuasan sendiri, saya berblog ni untuk rujukan anak2 buah. Mana yang baru berjinak2 kat dapur tu, boleh try resepi yg simple2 dan senang. Kalau diorang tanya macam mana nak buat itu ini, suruh je gi ke blog. Kalau dulu, penat menyalin bagi kat diorang.....hehehe!!!!. Macam resepi hari ni, kita kata simple.....tapi yang baru 'hidup' berumahtangga , bila suami suruh masak lemak......terpinga2.....'macam mana ye, kene tumis ke tak?'. Pengalaman saya baru2 ni.....tak perasan ada sms dari anak buah.....macam mana caranya kobis masak lemak. Saya tak perasan ada sms masuk......dah malam baru perasan. Kesian.....!!!!. Ok....hari ni saya masak kacang buncis masak lemak. Jom intai......


KACANG BUNCIS LEMAK BERUDANG


Bahannya:
200gm kacang buncis (dibersihkan dan di potong2)
12 ekor udang sederhana besar(dibuang kulit, tinggalkan ekor sahaja)
sedikit lobak merah (dihiris memanjang)
sedikit suun (direndam dan dipotong2)
1 biji lada merah (dihiris)
santan pekat secukupnya
1/2 kiub stok ayam
garam secukupnya

Bahan dimesin:
1 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1in kunyit basah
air secukupnya


Caranya:
1. Dalam periuk, masukkan bahan yang di mesin dengan kiub ayam. Masak hingga mendidih.
2. Dah mendidih, masukkan udang, kacang buncis, lobak merah, lada merah dan santan. Masak hingga mendidih sekali lagi. Pastikan sentiasa dikacau supaya tak pecah santan.
3. Masukkan suun dan rasakan garamnya, kacau sebentar, tutup api.










Checkered Rainbow Kek

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah beberapa hari tak bersiaran......balik kampung !!!!. Hari ni mood nak 'men' checkered kek pelangi. Tengok kat blog Azlita Masam Manis.....memang tergoda dibuatnye. Teruja nak membuatnye!!!!!. So....hr ni kene rajinkan diri....dari pagi, petang baru siap. Habis tangan comot ngan krim. Hati berdebar2.....macam mana gupenye bila dah siap  dipotong. Alahai.......comot....tak kemas.....susunan warna silap!!!!!. Rasa nak nangis pun ada....nasib baik rasa kek ni sedap!!!!!. Mood memang dh malas nk post gambo ni kat blog tapi......sebagai motivasi untuk diri sendiri......lain kali try lagi!!!!!. Sapa2 nak try buat Checkered ni....tengok je kat blog  Azlita Masam Manis......butter cream ni.....lihat kat Rahelblogspot. Dua2 pakar buat kek......jari jemari kreatif......anugerah Allah......Tq Azlita N Rahel......
        
                                     kek ni nampak comot bila dipotong sbb....baru 1/2 jam dok dlm aisbox, anak dah suruh potong......huhuhu!!!!!!!






                                         walaupun comot......tapi sedap!!!!!



              
                 tangan tak kreatif........main picit je.....inilah hasilnya!!!!!!!!



                          


Jumaat, 21 Disember 2012

Kek Kukus Coklat Polkadot










Assalamualaikum dan jumpa lagi. Hari ini adalah hari yg rajin....hahaha!!!!. . Dah buat mango float, buat lak kek polkadot ni. Teruja nak membuat dan merasa kek ni.....!!!!!. 2 hari lepas nampak kat blog Kak Yati @yatiememories.....cantik je kejadiannya. Tapi saya punye ni.....macam kurang kemas....kene perbaiki lagi so, lain hari lain masa kene try lagi. Resepi ni saya copy dari blog Citarasawan.. Saya buat separuh adunan guna loyang 7x7in. Rasa kek ni memang sedap sebab, ada letak horlicks dan kaya. Saya rasa, kalau letak peanut butter pun ngam rasanya!!!!. Jom kita intai resepi ni.....


KEK KUKUS COKLAT POLKADOT
Sumber : Citarasawan
Olahan:UDA


Bahannya: (untuk 1/2 adunan)

200gm butter
100gm gula castor
5 biji telur
90gm kaya
50gm horlicks
15gm serbuk koko
75gm tepung gandum/ tepung hongkong
1/2st baking powder
1sb coklat emulco
biskut jejari secukupnya


Caranya:
1. Pukul butter dengan gula hingga putih dan berkrim.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Kemudian masukkan coklat emulco, kaya, horlicks, pukul sebati.
4. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder. Masukkan dalam adunan, pukul sedikit demi sedikit dengan kelajuan perlahan hingga rata. Kaup balikkan adunan supaya rata.
5. Alas dasar loyang dengan baking paper dan gris dengan butter cair atau minyak masak.
6. Masukkan 5 sudu besar adunan, ratakan, susun biskut jejari dengan jarak 1/2 in setiap jarak. Kukus hingga masak.
7. Angkat dan ulang proses melapis dan mengatur biskut jejari hingga adunan habis. Kukus setiap lapisan hingga masak. Lapisan terakhir kukus lebih kurang 20 minit atau hingga masak.
8. Pastikan kek betul2 sejuk baru dipotong. 













Mango Float











Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini nampaknya cuaca terang dan ada panas.....nampak gayanya, keringlah baju hari ini. Tetiba tekak nak makan yang sejuk2.....senang dan cepat dibuat, sedap dimakan. Kebetulan semalam ada beli cream dan buah mangga......apa lagi, bolehlah try buat manggo float. Hari tu ternampak kat Rahelblog buat ni......tu yang teringat2 dan terliur melihatnya. Buatnya memang senang sangat, anak2 pun boleh buat sendiri. Rasanya pulak........perghhhh!!!! memang sedap. Bukan anak2 je yang suka, mak2, bapak2 pun makan sampai licin. Sedap dan sejuk je kat tekak. Mangga dan biskut Marie....memang serasi!!!!! .  Lain kali nak cuba letak nangka dengan biskut oreo pulak. Mesti 'pasangan serasi' juga agaknya. Tq Rahel resepi yang best ni. Saya share disini pula ye.......


MANGO FLOAT
Sumber: Rahelblog
Olahan: UDA



Bahannya:
225gm cream Nestle
140gm susu pekat manis
1 paket biskut Marie
Buah mangga secukupnya (dipotong nipis/dadu)
serbuk milo secukupnya (ini saya tambah)
Jar / bekas 7" (saya guna bekas dadih)


Caranya:
1. Satukan cream bersama susu pekat, gaul sebati dan rata.
2. Dalam bekas pilihan, masukkan biskut, tabur potongan mangga diatasnya.
3. Kemudian siram dengan cream. Buat seperti ini hingga 4 - 5 kali.
4. Akhir sekali, taburkan serbuk biskut dan serbuk milo.
5. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.











Rabu, 19 Disember 2012

Pilau Udang





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masak apa hari ini?. Sebenarnya dah lama teringin nak masak nasi pilau udang ni. Baru hari ini rajin!!!!. Buatnya taklah susah mana cuma kemalasan melanda. Nasi ni saya makan bersama lauk kambing masak steak dan kerabu epal. Memang sedap nasi ni, kebetulan udang kegemaran saya. Resepi pilau udang ni saya copy dalam buku 'Dari Dapur Zarina'. Buku tersebut banyak resepi masakan dari India.....India Utara, India Selatan, Sri Lankan dan ada juga masaka melayu dan jawa.
Resepi Pilau Udang ni masakan India Utara rupanya. Saya dah olah ikut selera kami sekeluarga dan juga, apa yang ada kat dapur, tu je yang saya guna. Jom kita intai......


PILAU UDANG
Resepi Olahan : UDA

Cara menyediakan udang:

Bahannya:
600gm udang sederhana besar(buang kulit, tinggalkan ekornya saja)
1 biji bawang besar (dihiris)
minyak secukupnya

Bahan dikisar halus:
1 biji bawang besar
2 batang lada hijau
2 batang lada merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
daun ketumbar(saya tak letak)
1 biji tomato
4 tangkai lada kering(celur dengan air panas)
1sb ketumbar biji (resepi asal guna serbuk ketumbar)
sedikit garam
sedikit air limau

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan wangi. 
3. Masukkan garam dan air limau, biar pekat.
4. Masukkan udang, kacau sebati. Bila dah masak, tutup api.


Cara menyediakan nasinya:

Bahannya:
3 cawan beras basmathi (direndam sebentar)
minyak sapi untuk menumis
1 biji bawang besar(dihiris halus)
rempah tumis secukupnya
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
halia secukupnya (ditumbuk halus)
4 1/4 cawan air
1 1/2st air mawar
1 kiub pati ayam
garam secukupnya
pewarna kuning secukupnya


Caranya:
1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang hiris dan rempah tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk halus, biar garing dan wangi.
3. Dalam rice cooker, masukkan beras, air, garam, kiub ayam, air mawar dan bahan yang ditumis tadi.
4. Masak nasi macam biasa.
5. Bila nasi mulai kering, renjiskan sedikit pewarna kuning, biarkan sebentar.
6. Masukkan udang dengan rempahnya sekali. Biar udang tertutup dengan nasi. Tutup dan biarkan sebentar hingga nasi masak.
7. Kacau nasi hingga bercampur dengan rempah dan pewarna, biarkan hingga nasi betul2 masak.
8. Sedap dimakan panas2 bersama lauk sampingan kegemaran masing2.







Selasa, 18 Disember 2012

Nasi Goreng Lada Hitam Ayam bergajus










Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jumpa lagi kita!!!!. Dah 2 hari tak bersiaran, hujung minggu....banyak urusan dan banyak undangan majlis perkhawinan. Hujan2 pun, redah je.....!!!!. Hari ni pun sibuk gak.....pagi2 ke sekolah agama beli kitab sekolah anak dan petang ada majlis khatam quran. So, buat sarapan pagi merangkap makan tengahari ajelah ye. Anak nak makan nasi goreng, saya buatkan nasi goreng lada hitam dan ayam bergajus. Alhamdulillah.....kenyang, padat dah perut!!!!. Jom kita intai .....


NASI GORENG LADA HITAM

Bahannya:
2 mangkok sup nasi putih
1 biji bawang putih (dicincang halus)
1 biji telur
sedikit bawang holand/besar (dihiris)
serbuk lada hitam secukupnya
sedikit kunyit serbuk
sedikit minyak masak
sedikit minyak bijan
sos ikan secukupnya (garam pun boleh)

Caranya:
1. Panaskan minyak masak dan minyak bijan. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan telur, kacau sebati, masukkan nasi, serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan sos ikan. Kacau sebati.
3. Bila rasanya dah ok, tutup api. Jika mahu pedas lagi, boleh juga ditambah cili padi yang diketuk kemudian tumis bersama bawang tadi.


AYAM BERGAJUS

Bahannya:
1 keping dada ayam (dihiris nipis)
1 biji bawang putih (dicincang halus)
sedikit bawang besar(dihiris)
1 tangkai lada merah (dihiris)
2sb sos tiram
1sb sos cili
2sb gajus yang dah digoreng
sedikit brokoli 
sedikit bunga kobis
sedikit lobak merah

Caranya:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam dan lada merah, goreng sebentar.
2. Masukkan lobak merah, sos tiram, sos cili dan sedikit air. Gaul sebati hingga ayam masak.
3. Masukkan bunga kobis dan brokoli, gaul sebentar. Masukkan pula gajus. Bila rasanya dah cukup, tutup api.
4. Hidangkan bersama nasi goreng lada hitam.





Jumaat, 14 Disember 2012

Soto Ayam Madura










Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni masak ringkas je. Ada yang nak makan lontong, ada yang nak makan soto. Senang keje, masak soto je sebab barang semua ada kat rumah, kalau lontong kene pergi pasar....tu yang malas. Turn pergi pasar hari sabtu @ hari ahad je. Biasanya, saya buat soto madura ni simple je, tapi still pakai santan. Cuma tak de makan dengan telur rebus dan kentang rebus yang digoreng. Saya ternampak ada blogger yang resepi soto ni.... makan dengan telur dan kentang. Saya pun nak cubalah.....memang lain....terasa 'meriah' soto ni. Ayam tu pulak.....saya tak siat2, saya main potong kecik2 je, dimasak bersama dengan kuah soto tu. Bila nak makan, berketul2lah ayam tu dalam mangkuk....hehehe!!!. Jom kita intai.....


SOTO AYAM MADURA
Resepi Olahan : UDA


Bahannya:
1 ekor ayam sedehana besar ( dipotong kecil)
250gm santan pekat 
1kiub pati ayam
2 batang serai (diketuk)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2sb rempah sup
rempah tumis secukupnya (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
garam dan gula secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan dikisar halus:
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 biji buah keras
1sb ketumbar
halia secukupnya
lengkuas secukupnya
sedikit kunyit basah

Bahan yang dihidang bersama soto:
Nasi impit
Isi ayam
taugeh yang dicelur
daun sup
kentang yang direbus kemudian digoreng
telur rebus 
sambal kicap cili padi
bawang goreng


Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, serai dan bawang besar yg dihiris. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing. Masukkan rempah sup, kacau sebati.
3. Masukkan ayam, gaul sebentar hingga sebati.
4. Masukkan air secukupnya, garam, kiub ayam dan gula. Masak hingga mendidih dan ayam empuk.
5. Masukkan santan dan sentiasa kacau supaya santan tak pecah. Bila mendidih, tutup api.
6. Sedia dihidangkan bersama nasi impit dan bahan sampingan yang lain. 

Khamis, 13 Disember 2012

Ayam panggang kicap






AYAM PANGGANG KICAP

Bahannya:
3 keping ayam bahagian peha
1 biji bawang besar (dihiris)
kicap pekat manis secukupnya
garam secukupnya
air secukupnya

Bahan dikisar:
1 batang serai
5 tangkai lada kering
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit halia
1sb ketumbar
1st lada hitam

Caranya.
1. Tumis bawang besar yang dihiris hingga wangi. 
2. Masukkan bahan yang dikisar, tumis hingga wangi.
3. Masukkan ayam, gaul sebati kemudian masukkan air dan kicap.
4. Masak hingga ayam separuh masak dan kuah pekat.
5. Keluarkan ayam, panggang dalam oven hingga ayam masak dan garing pada suhu 180C.





Bingka Ubikayu Cheese.....versi marble!!!!!






Assalamualaikum dan jumpa lagi. Semalam berkesempatan buat bingka ubi yang sedap ni. Pantang jumpa ubi, mesti beli. Selain buat ubi goreng pedas, bingka ubi bercheese ni tetap menjadi pilihan. Selain sedap, bahan pun tak banyak. Kali ini saya marblekan....letak pandan paste dan vanilla. Lagi satu, saya suka buat dalam bekas kecil2.....kalau nak bagi orang, senang.....tak payah potong.....cantik je kejadiannya!!!!. Jom intai resepi ni......


BINGKA UBIKAYU CHEESE
Sumber : Roz @ Homekreation
Olahan: UDA


Bahannya:
250gm cream cheese
250gm gula pasir
2 biji telur
800gm ubikayu- diparut dan ditapis airnya (saya guna 900gm)
400ml santan
1st pandan paste
pewarna kuning
esen vanilla
bijan hitam secukupnya


Caranya:
1. Pukul cream cheese dan gula hingga rata.
2. Masuk telur satu persatu dan pukul rata.
3. Masukkan ubi kayu dan sagu yang mendak , selangseli dengan santan.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian letak pewarna kuning dan sedikit essen vanilla. 1 bahagian lagi letak pandan paste.
5. Sebelum tu, acuan hendaklah digriskan dengan butter dan dipanaskan sebentar dlm oven.
6. Letakkan adunan didalam acuan selang seli seperti buat kek marble.
7. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak. 







Rabu, 12 Disember 2012

Begedil Daging Burger Rangup




                                       Rangup diluar .........lembut didalam!!!!!!!!




BERGEDIL DAGING BURGER RANGUP
Sumber : Chef Hussin Khan (Resepi sihat dan mudah)
Olahan: UDA


Bahannya:
2 keping daging burger(diracik halus)
5 biji kentang (buang kulit dan direbus)
1sm margerin
sedikit tepung gandum
2 biji telur (dipukul)
serbuk roti secukupnya
daun bawang secukupnya -hiris halus (saya guna daun kunyit dan daun cekur)
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

Caranya:
1. Kentang yang telah direbus, dilenyek bersama margerin dan garam hingga sebati.
2. Masukkan daging burger dan daun bawang @ sebagainya.
3. Tambah serbuk lada sulah dan gaul semua bahan hingga sebati.
4. Bentukkan kentang jadi bebola, gaulkan dengan tepung gandum, golekkan pada telur dan salut dengan serbuk roti.
5. Goreng hingga kekuningan dan sedap dimakan dengan sos cili.